Assalamualaikum wbt..

Photobucket

syabab

Alhamdulillah,syukur banyak2 kepada ALLAH SWT kerana memberi ana peluang mengikuti kem Keindahan BersamaMU(KBM) atau lebih dikenali sbg Kem Bengkak Mata di sebuah sekolah elite di terengganu. ana di tugaskan sebagai fasilitator di sana.Kem ini bermula pada 25mac-27mac..agenda pertama ialah ice breaking..sesi taaruf setiap peserta@pelajar..sesi ni pun dah mengalir air mata setiap peserta kerana baru sedar bahawa sahabat adalah orang yang penting selepas ibu dan bapa kita(kem bengkak mata kan)..kem ini berbeza sgt2 dgn kem2 yg pernah ana hadiri..kerana ia lebih kepada rohani,kasih syg dan hubungan kita dgn Pencipta kita, Rasulullah dan ibubapa..yang best ialah apabila ana di beri peluang utk menjadi "Mayat"..masa di bungkus menjadi mayat,terasa kepayahan utk kita bergerak..even nk garu muka sebab nyamuk hinggap pun payah..terfikir dlm diri mcm mana la azab kubur..bila malaikat menghukum kita..seolah2 kita tidak mampu lari drp hukuman itu ibarat seekor lembu yg kesakitan apabila di sembelih tanpa membuang ikatan tali pada kaki dan tgnnya..ALLAHUAKBAR!!!...terasa lagi apabila imam membacakan surah yassin..meremang bulu roma ni..Ya ALLAH adakah begini terasanya..disamping itu ana jugak di beri peluang sekali lagi menjadi pemukul..pukul meja sekolah dgn rotan yg tebal..nk di gambarkan kekuatan hentaman malaikat ALLAH..Subhanallah..apabila tidak dapat menjawab soalan2 nya..
kemudian, last day, 27mac, sesi Lafaz Yang Tersimpan yang mana sesi ini menghubungkan kasih syg mak dan ayah pada anak2nya..memg touching la..lebih sedih apabila ramai parents x datang ..para peserta dan pelajar menagih kasih syg ibubapa yg hadir..cemburu melihat kawan2 dan shbtnya yg ibubapanya datang ke majlis itu..adik2 tidak berpeluang nk minta maaf, luahkan perasaan yg terkandung dalam hati mereka untuk di luahkan kpd ibubapanya(hayati lagu Lafaz Yang Tersimpan-UNIC)...ana sendiri pun teringat kat ma dan pa..memg best kem ini..ana harap ana dpt ikuti lagi jika di beri peluang dan akan cuba membawa kem ini kepada semua remaja2 kita terutamanya kerana kesedaran kem ini memang sgt2 berkesan..terima kasih ya ALLAH kerana memberi aku peluang utk mengambil ilmu dan pengalaman sebelum aku kua drp Terengganu ni..jazakallah..

"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan di kembalikan kepada Kami?Maka Maha Tinggi ALLAH, Raja yang sebenarnya: tidak ada Tuhan selain Dia. Tuhan (yang mempunyai) 'arasy yang mulia"
-(al-mukminum:115-116)
0 Responses

Post a Comment