Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum wbt..
Kali ni nak kongsi pasal wali...mata ngantuk jugak lepas p ceramah td tapi ana takut t tak sempat tulis jd nk kongsi pasal khutbah jumaat kelmarin yg di sampaikan oleh Ustaz Fathan iaitu Ustaz yang baru mengambil alih imam di masjid kampung ana,tp sejak kehadirannya masjid di kampung ana "hidup"..alhamdulillah,1 nikmat ALLAH bg pemuda pimpin masjid bersama2 "org lama"..
Apa yang menarik perhatiaan ana ialah ustaz mengingatkan bahawa minggu dpn bermulanya cuti sekolah dan pada waktu ini lah ramai yang membuat kenduri@walimatul urus.Ustaz memberitahu mengenai wali...wali dari segi bahasanya ialah org yg menjaga anak buah2nya(kata ustaz dgn erti kata mudah) atau org ygmenjaga org di bawahnya..dan jika di perlihatkan wali dari segi nikahnya ialah org yg menikahkan seseorang wanita kepada lelaki..tp kebanyakan sekarang wali menyuruh imam masjid menggantikannya untuk menikahkan wanita itu..juga dalam erti lain wali ni ialah ayah@atuk@abg@bapa saudara@adik lelaki wanita itu lah..(itu semuanya faham ana rasa,lau tak faham,ambik kursus nikah.ana dah ambik..hehehe)
Ustaz memberitahu bahawa wali bukan sekadar itu..tapi kebanyakan masyarakat menganggap wali itu hanya tanggungjawabnya ialah semasa hendak mengangkat nikah anak perempuannya..tanggapan itu salah!!!wali ialah org yang menjaga anak bawahannya dari mula2 ia di beri tanggungjawab(iaitu bermula anak perempuannya dilahirkan) hingga lah si wali memberi anaknya itu kepada "wali" lain(iaitu suami perempuan itu setelah dinikahnya)..itu sebenarnya wali..wali bukan hanya sekadar semasa nikah,malah wali mesti mengetahui dari A-Z apa yang anak perempuanya lakukan...tapi kebanyakan "wali" sekarang hanya menjadi wali bila masa nak nikah la..kata ustaz..wali tidak mengambil peduli apa yang anak perempuannya lakukan..apa yg isterinya buat menyebabkan wanita2 lari drp "tunenya" yang sebenar..memg benar kata ustaz itu..kebanyakan lelaki sekarang tidak kisah dengan siapa anaknya keluar,ke mana anaknya keluar,bagaimana keadaan anaknya..sebab itu la berlakunya masalah yang kita tidak ingini...dan ustaz juga memberitahu ada wali yang tak pernah nampak di masjid(kecuali solat jumaat),tak jaga solat dan ada yang main no ekor@judi..wali sebegini tidak layak jadi wali kerana bergelumang dengan dosa..dan ada ayat yg mengatakan(ana x sure ayat mcm mana cuma lbh kurang)..tidak sah seorang wali itu mewalikan anaknya sekiranya wali itu bersifat fasik!!nauzubillah..cuba bayangkan sekiranya ada wali sebegini dan apabila nikah,nikah itu tidak sah dan akan mendatangkan banyak masalah di masa akan datang kepada anak2..dan ssh la utk nkh kerana perlu wali hakim..benda yang senang akan jd payah..sepatutnya nkh hari ni tp oleh kerana wali,terpaksa di tunda2 kdp bulan2 dpn..apa implikasinya???kemungkinan besar akan berlakunya zina!!!masyaALLAH..
Selain itu ustaz juga memberitahu pasal perangai wali yg x setuju anak perempuannya menikahi lelaki kerana lelaki itu mempunyai masalah peribadi dgn si wali..dan pernah terjadi kes sebegini kerana ustaz menanyakan kenapa tidak mahu mewalikan anak sehingga anak terpaksa cari wali hakim sedangkan lelaki pilihan si anak adalah mengikut syarak..jwapannya kerana masalah peribadi..wali tiada hak untuk menyekat pilihan anak perempuannya untuk menikah selagi mana lelaki terbabit tudak melanggar syarak(maksudnya sembahyang k,agama ada,mampu n so on)..kerana wali ini amanah drp ALLAH..bukannya kerana kita mempunyai kuasa veto ke atas anak(memg benar kita ada hak tetapi selagi tidak melanggar syarak,ianya k)..
Ustaz juga menekankan kepada bakal2 pengantin supaya jgn berlebihan semasa kenduri.yang penting bersederhana..kerana tiada faedahnya beribu2 duit hbs utk 1 hari..Nabi juga berpesan supaya kita bersederhana semasa walimatul urus..hanya sekadar memberitahu org ramai bahawa majlis makan2 ini adalah mengesahkan anak kita sudah kahwin dan untuk mengelakkan fitnah masyarakat apabila nampak anak kita berdua-duaan mereka tahu bahawa si fulan bin si fulan ini telah menikah..ini tidak,mentang2 lah menjadi raja sehari...buat pelamin beribu2..tapi bila jemput jiran2 datang mintak duit..nak buat apa buat kenduri begitu???itu bukan kenduri namanya tp mcm kedai2 makan pulak..kita buat mjlis utk bersyukur bukannya kufur...dan
ini bukan ajaran Nabi kita..dan ada yg memakai pakaian terbelah sana sini,nipis,ketat sehingga menampakkan tubuh badan..masyaALLAH..dan pernah ustaz memberitahu ada pengantin yg dtg ke masjid,mahu menikah tapi tidak menutup aurat..dengan segera ustaz menghalau pengantin perempuan itu keluar drp masjid..jika mahu nikah pergi tukar pakaian..wah..memg bgs la ana rasa ustaz buat begitu..1 pengajaran kpd pengantin2 lain 1 hari nanti...buat la berpada2..yang penting berkat..semoga ALLAH memberi kebahagiaan kepada anak2 kita,itu yang paling penting..
ooooaaawwwwaaahhhhh...(tutup mulut)...
itulah sedikit sebanyak perkongsian untuk kali ni..ana berharap kita ni,yang bakal jd wali2 kena tahu peranan kita bukan sekadar waktu angkat nikah sahaja tetapi jauh lebih banyak drp itu..
dan kepada bakal2 pengantin..tiada salah buat walimatul urus besar2 jika mampu cuma biarlah berpada-pada..dan kekalkan syariat Islam dalam majlis itu..insyaALLAH barakoh ALLAH itu ada..
nampaknya ana dan mengantuk..hehehe..jumpa lagi..
salam..