Assalamualaikum wbt..

syabab

Bismillahirrahmannirrahim...

Assalamualaikum wbt..

Kali ni nak kongsi pasal wali...mata ngantuk jugak lepas p ceramah td tapi ana takut t tak sempat tulis jd nk kongsi pasal khutbah jumaat kelmarin yg di sampaikan oleh Ustaz Fathan iaitu Ustaz yang baru mengambil alih imam di masjid kampung ana,tp sejak kehadirannya masjid di kampung ana "hidup"..alhamdulillah,1 nikmat ALLAH bg pemuda pimpin masjid bersama2 "org lama"..

Apa yang menarik perhatiaan ana ialah ustaz mengingatkan bahawa minggu dpn bermulanya cuti sekolah dan pada waktu ini lah ramai yang membuat kenduri@walimatul urus.Ustaz memberitahu mengenai wali...wali dari segi bahasanya ialah org yg menjaga anak buah2nya(kata ustaz dgn erti kata mudah) atau org ygmenjaga org di bawahnya..dan jika di perlihatkan wali dari segi nikahnya ialah org yg menikahkan seseorang wanita kepada lelaki..tp kebanyakan sekarang wali menyuruh imam masjid menggantikannya untuk menikahkan wanita itu..juga dalam erti lain wali ni ialah ayah@atuk@abg@bapa saudara@adik lelaki wanita itu lah..(itu semuanya faham ana rasa,lau tak faham,ambik kursus nikah.ana dah ambik..hehehe)
Ustaz memberitahu bahawa wali bukan sekadar itu..tapi kebanyakan masyarakat menganggap wali itu hanya tanggungjawabnya ialah semasa hendak mengangkat nikah anak perempuannya..tanggapan itu salah!!!wali ialah org yang menjaga anak bawahannya dari mula2 ia di beri tanggungjawab(iaitu bermula anak perempuannya dilahirkan) hingga lah si wali memberi anaknya itu kepada "wali" lain(iaitu suami perempuan itu setelah dinikahnya)..itu sebenarnya wali..wali bukan hanya sekadar semasa nikah,malah wali mesti mengetahui dari A-Z apa yang anak perempuanya lakukan...tapi kebanyakan "wali" sekarang hanya menjadi wali bila masa nak nikah la..kata ustaz..wali tidak mengambil peduli apa yang anak perempuannya lakukan..apa yg isterinya buat menyebabkan wanita2 lari drp "tunenya" yang sebenar..memg benar kata ustaz itu..kebanyakan lelaki sekarang tidak kisah dengan siapa anaknya keluar,ke mana anaknya keluar,bagaimana keadaan anaknya..sebab itu la berlakunya masalah yang kita tidak ingini...dan ustaz juga memberitahu ada wali yang tak pernah nampak di masjid(kecuali solat jumaat),tak jaga solat dan ada yang main no ekor@judi..wali sebegini tidak layak jadi wali kerana bergelumang dengan dosa..dan ada ayat yg mengatakan(ana x sure ayat mcm mana cuma lbh kurang)..tidak sah seorang wali itu mewalikan anaknya sekiranya wali itu bersifat fasik!!nauzubillah..cuba bayangkan sekiranya ada wali sebegini dan apabila nikah,nikah itu tidak sah dan akan mendatangkan banyak masalah di masa akan datang kepada anak2..dan ssh la utk nkh kerana perlu wali hakim..benda yang senang akan jd payah..sepatutnya nkh hari ni tp oleh kerana wali,terpaksa di tunda2 kdp bulan2 dpn..apa implikasinya???kemungkinan besar akan berlakunya zina!!!masyaALLAH..

Selain itu ustaz juga memberitahu pasal perangai wali yg x setuju anak perempuannya menikahi lelaki kerana lelaki itu mempunyai masalah peribadi dgn si wali..dan pernah terjadi kes sebegini kerana ustaz menanyakan kenapa tidak mahu mewalikan anak sehingga anak terpaksa cari wali hakim sedangkan lelaki pilihan si anak adalah mengikut syarak..jwapannya kerana masalah peribadi..wali tiada hak untuk menyekat pilihan anak perempuannya untuk menikah selagi mana lelaki terbabit tudak melanggar syarak(maksudnya sembahyang k,agama ada,mampu n so on)..kerana wali ini amanah drp ALLAH..bukannya kerana kita mempunyai kuasa veto ke atas anak(memg benar kita ada hak tetapi selagi tidak melanggar syarak,ianya k)..

Ustaz juga menekankan kepada bakal2 pengantin supaya jgn berlebihan semasa kenduri.yang penting bersederhana..kerana tiada faedahnya beribu2 duit hbs utk 1 hari..Nabi juga berpesan supaya kita bersederhana semasa walimatul urus..hanya sekadar memberitahu org ramai bahawa majlis makan2 ini adalah mengesahkan anak kita sudah kahwin dan untuk mengelakkan fitnah masyarakat apabila nampak anak kita berdua-duaan mereka tahu bahawa si fulan bin si fulan ini telah menikah..ini tidak,mentang2 lah menjadi raja sehari...buat pelamin beribu2..tapi bila jemput jiran2 datang mintak duit..nak buat apa buat kenduri begitu???itu bukan kenduri namanya tp mcm kedai2 makan pulak..kita buat mjlis utk bersyukur bukannya kufur...dan
ini bukan ajaran Nabi kita..dan ada yg memakai pakaian terbelah sana sini,nipis,ketat sehingga menampakkan tubuh badan..masyaALLAH..dan pernah ustaz memberitahu ada pengantin yg dtg ke masjid,mahu menikah tapi tidak menutup aurat..dengan segera ustaz menghalau pengantin perempuan itu keluar drp masjid..jika mahu nikah pergi tukar pakaian..wah..memg bgs la ana rasa ustaz buat begitu..1 pengajaran kpd pengantin2 lain 1 hari nanti...buat la berpada2..yang penting berkat..semoga ALLAH memberi kebahagiaan kepada anak2 kita,itu yang paling penting..

ooooaaawwwwaaahhhhh...(tutup mulut)...

itulah sedikit sebanyak perkongsian untuk kali ni..ana berharap kita ni,yang bakal jd wali2 kena tahu peranan kita bukan sekadar waktu angkat nikah sahaja tetapi jauh lebih banyak drp itu..
dan kepada bakal2 pengantin..tiada salah buat walimatul urus besar2 jika mampu cuma biarlah berpada-pada..dan kekalkan syariat Islam dalam majlis itu..insyaALLAH barakoh ALLAH itu ada..

nampaknya ana dan mengantuk..hehehe..jumpa lagi..

salam..
syabab

Assalamualikum wbt..
Alhamdulillah, ALLAH bagi lagi peluang ana untuk menulis di dalam blog ini..Dah lama tak tulis diari ini..kadang2 kenapa kita perlu kata bersyukur walaupun hanya catitan ini???ini kerana semua orang mempunyai masa yang terluang tapi hanya beberapa orang yang dipilih untuk memberi masa kepada catitan2 ni..apa yang ana cuba kongsi kan pada sahabat2 kali ini ialah mengenai Janji ALLAH itu adalah pasti..genap 1 bulan lebih ana "mula bercuti panjang" di rumah, ada kisah yang berlaku iaitu mengenai Mati!!!..Ana di minta oleh ma ana untuk menemaninya ke rumah kawan dia merangkap cikgu sekolah ana, kerana suami cikgu ana itu meninggal dunia tapi pada waktu itu ma tidak sempat menziarahi cikgu ana itu kerana bercuti di luar negeri..jadi ana teman lah..apa yang menarik perhatian ana ialah apabila ana sampai di rumah cikgu ana,kelihatan rumah yang di duduki oleh cikgu ana itu baru sahaja siap di bina..tapi masih ada yang belum siap seperti "mozek" lantai belum di simenkan(tak kisah lah,ana cuma nk bgtau rumah ini baru sahaja siap dibina).apabila ana masuk ke dalam rumah itu kelihatan cikgu ana sibuk melayan kerenah anak2nya yang masik kecil(ada 7org semuanya dan yang sulung baru tingkatan 1).setibanya kami di sana, datang 2 keluarga melawat cikgu ana..dan pada masa itu la ana mendengar kisah arwah suami selama berada di bumi ALLAH ini..pada masa itu ada 2 keluarga iaitu jiran tetangga dan saudara2 cikgu ana..di ceritakan oleh cikgu ana bahawa arwah ada memberitahu bahawa dia membaca buku "malam pertama di alam kubur" dan arwah sempat bergurau mengatakan dia telah bertunang..cikgu ana menanya,dengan siapa..dengan kubur katanya..hari arwah meninggal dunia arwah tidak ada menunjukkan apa2 yg pelik cuma, arwah membaiki paip di belakang rumah dan tidak banyak bertegur dengan cikgu kerana sibuk..pada waktu itu juga anak2 kecil bersamanya di belakang rumah,melihat abinya membaiki paip..hingga la lebih kurang dalam pukul 5(selepas asar tidak silap ana), arwah memanggil cikgu ana dan menyuruh cikgu ana call saudaranya kerana dadanya sakit..jd cikgu ana call saudaranya cuma mungkin jauh jd saudaranya lambat sampai..selepas call, anaknya memberitahunya "umi2, abi pegang dada dan abi mengucap"...cikgu ana lagi la kalut dan dia panggil jirannya..seorang makcik datang dan mengankat suami cikgu ana ke ruang tamu..at the same time cikgu ana call 999..tapi 999 ni di KL dan ada ke patut dia yg tanya cikgu ana hospital mana paling dekat..sedangkan cikgu kita sedang panik..(kelemahan 999)..sepatutnya 999 yg di panggil direct ke hospital yg berdekatan..
lepas itu,makcik itu memberitahu bahawa suami cikgu ana dah tiada selepas di ajar mengucap..dan arwah suami ckgu ana mengucap 2 kalimah syahadah sebelum "pergi"..apa yg menarik perhatian ana ialah begitu mudah sekali arwah suami "pergi"..dan setelah di cerita baru ana faham..arwah merupakan seorang hamba ALLAH yang baik, selalu mengikuti jemaah tabligh dan selalu meninggalkan cikgu ana bersama anak2 di rumah..dan alhamdulillah berkat dalam dakwah tabigh, rumah yg baru siap ini tiada hutang sedikit pun.selain itu arwah juga seorang yg pemuruh.pernah sekali diberitahu bahawa arwah rela memberi motornya kepada seorang jiran yg susah hendak ke masjid.arwah juga memberitahu keluarganya bahawa tanah dan rumah di negeri (selangor tak silap ana) jgn siapa2 ambik dan akan di wakafkan kepada budak2 tahfiz..masyaALLAH..begitu sekali sifat arwah..patut lah mudah arwah "pergi"..dan benarlah janji ALLAH itu pasti...barang siapa menolong agama ALLAH maka ALLAH akan menolongnya..

1 lagi bukti,sahabat ana di universiti..juga seorang pelajar yang mengikuti jemaah tabligh..meninggal dunia..berita ini sampai di telinga ana selepas ana balik dari rumah cikgu ana.sahabat ana mati kerana lemas semasa "keluar" bersama jemaah tabligh di sabah..lemas semasa aktiviti rehlah..juga di beritahu keluarga bahawa arwah masa di bawa balik ke sabak bernam,wajah arwah tenang je..berseri2..dahi berpeluh2..antara ciri2 org yang baik...dan sahabat ana ni memg di senangi kawan2 d universiti..ana sendiri pun selesa bila arwah bertegur sapa..sebab dia seorg yg baik,peramah,cekal dalam dakwah..masyaALLAH...

itulah antara perkara2 yg menjadi bukti bahawa janji ALLAH itu pasti...yang mana orang yang tolong ALLAH(agama ALLAH)..pasti di tolong ALLAH..mendapat balasan yang baik..di angkat darjatnya di sisi ALLAH..

moga2 kita juga seperti mereka..dan moga2 mereka berada di kalangan mereka yang beriman..amin..
syabab

Alhamdulillah..syukur kpd ALLAH SWT kerana di beri kesempatan utk menulis lagi..maaf2..lama x on9..buzy akhir2 ni dan xsempat nk tulis dlm blog ni..ok..apa yang ana cuba ketengahkan ialah sakit..ada sesetengah orang kata sakit itu ialah kafarah dosa..yang mana ALLAH mendatangkan sakit di dunia sebagai hukuman ke atas dosa yang kita lakukan dan insyaALLAH di akhirat kelak dosa itu terhapus..3 hari yang lepas iaitu pada hari khamis, 22/04/2010, ana di uji dengan kesakitan olehNYA..dan mungkin ia kafarah dosa2 ana yang banyak buat dosa..sakit itu berpunca daripada 'air gas'(bukan coca-cola@pepsi tp jenama lain) yang telah ana minum semasa selepas solat zohor secara berjemaah di Surau Al-Irfan..selepas solat zohor,akhi azman dan geng2 mengajak ana minum bersama mereka di surau itu..pada waktu itu memg ana tahu yang perut ana masih lagi kosong tapi kerana dahaga sangat ana pun minum la air itu..kemudian ana p kampus,nak minta tanda tangan drp s.visor(lecture) kerana esokkannya ana mahu pulang ke tanah air..jadi nak settlekan dengan segera kerja yang harus di settlekan..tepat jam 6petang ana masuk CC, nak print kerja tetapi malangnya pukul 10malam baru la settle kerana masalah "margin" kerja td.alhamdulillah, pekerja di siru memberi kebenaran ana solat maghrib di situ..selesai solat maghrib,pada waktu itu la perut ana mula 'berdikir barat'..apakan daya, ana perlu settlekan jugak..sampai la 10malam..perut ana betul2 sakit..jd selesai je kua CC ana terus cari makanan..nasi goreng pattaya 1!!..makanan terhidang dan ana menikmatinya..ALHAMDULILLAH..rezeki ALLAH(apakah Palestin dapat makan begini?? fikir ana sejenak)..kemudian,ana terus balik ke bilik dan pada waktu itulah perut mulakan 'berdikir barat' tapi kali ini lagi kuat..jd ana makan la ubat gastrik(yang doktor bagi beberapa bulan yang lepas)..malangnya perut terus 'berdikir'..tanpa membuang masa ana p beli air coklat susu..konon2nya mampu mengatasi masalah gastrik itu..tepat jam 1am ana tak larat nk bangun jadi ana baringkan diri di atas katil..ana cuba semua posisi tido tapi masih lagi tidak dapat mengawal 'dikiran' perut itu tadi..astagfirullahalazim..kafarah dosa kah ini ya ALLAH..bisik hati ana..dan adakah ana akan meninggal??macam2 yang datang dalam kepala ni..dan pada waktu itu juga ana terfikir..adakah saudaraku di Palestin merasakan sebegini sakit kerana tidak makan???sakit yang memg tidak pernah ana alaminya selama ini..ana ni kerana silap minum je tapi saudara di Palestin???sedih bila memikirkannya..tanpa ana sedari jam menunjukkan jam 3 pagi..ana masih tidak dapat menenangkan diri dan ana bangun..apabila bangun terasa bagai nak meludah dan rasa banyak air liur dalam mulut ini..mula rasa bahawa ana akan muntah..ana bingkas bangun dan ke tandas..memg betul jangkaan ana apabila ludah je 2,3 kali kemudian termuntahlah segala macam yang ana makan td..habis semuanya ana keluarkan..(dah lama x rasa munta dan kali ini sekali lagi ana muntah)..tp alhamdulillah setelah keluarkan semua yang ada dalam perut itu tadi baru la ana selesa cikit untuk baring di atas katil.
Adakah ini di panggil kafarah dosa???sungguh besar kuasa ALLAH..walaupun hanya kerana air..seluruh badan ana x mampu untuk menghadapiNYA..bagaimanakah dengan hukuman di akhirat kelak!!!????bukan hanya sekadar air..tapi segala jenis unsur(kejadiannya) yang akan menyiksa kita..astagfirullahalazim..ini sedikit sebanyak pengalaman semasa sebelum ana pulang ke rumah..moga2 ALLAH mengampuni dosa2 kita semua dan ingatlah saudara kita..adakah mereka makan hari ini???sedih rasa hati apabila mengingati mereka di sana tapi janji ALLAH itu pasti..mereka di beri ganjaran SYAHID oleh ALLAH SWT kerana mempertahankan agama..moga2 saudara kita di Palestin bersabar dengan segala mehnah dan ujian yg ALLAH bagi..c u next time..assalamualikum wbt..
syabab

Alhamdulillah,syukur banyak2 kepada ALLAH SWT kerana memberi ana peluang mengikuti kem Keindahan BersamaMU(KBM) atau lebih dikenali sbg Kem Bengkak Mata di sebuah sekolah elite di terengganu. ana di tugaskan sebagai fasilitator di sana.Kem ini bermula pada 25mac-27mac..agenda pertama ialah ice breaking..sesi taaruf setiap peserta@pelajar..sesi ni pun dah mengalir air mata setiap peserta kerana baru sedar bahawa sahabat adalah orang yang penting selepas ibu dan bapa kita(kem bengkak mata kan)..kem ini berbeza sgt2 dgn kem2 yg pernah ana hadiri..kerana ia lebih kepada rohani,kasih syg dan hubungan kita dgn Pencipta kita, Rasulullah dan ibubapa..yang best ialah apabila ana di beri peluang utk menjadi "Mayat"..masa di bungkus menjadi mayat,terasa kepayahan utk kita bergerak..even nk garu muka sebab nyamuk hinggap pun payah..terfikir dlm diri mcm mana la azab kubur..bila malaikat menghukum kita..seolah2 kita tidak mampu lari drp hukuman itu ibarat seekor lembu yg kesakitan apabila di sembelih tanpa membuang ikatan tali pada kaki dan tgnnya..ALLAHUAKBAR!!!...terasa lagi apabila imam membacakan surah yassin..meremang bulu roma ni..Ya ALLAH adakah begini terasanya..disamping itu ana jugak di beri peluang sekali lagi menjadi pemukul..pukul meja sekolah dgn rotan yg tebal..nk di gambarkan kekuatan hentaman malaikat ALLAH..Subhanallah..apabila tidak dapat menjawab soalan2 nya..
kemudian, last day, 27mac, sesi Lafaz Yang Tersimpan yang mana sesi ini menghubungkan kasih syg mak dan ayah pada anak2nya..memg touching la..lebih sedih apabila ramai parents x datang ..para peserta dan pelajar menagih kasih syg ibubapa yg hadir..cemburu melihat kawan2 dan shbtnya yg ibubapanya datang ke majlis itu..adik2 tidak berpeluang nk minta maaf, luahkan perasaan yg terkandung dalam hati mereka untuk di luahkan kpd ibubapanya(hayati lagu Lafaz Yang Tersimpan-UNIC)...ana sendiri pun teringat kat ma dan pa..memg best kem ini..ana harap ana dpt ikuti lagi jika di beri peluang dan akan cuba membawa kem ini kepada semua remaja2 kita terutamanya kerana kesedaran kem ini memang sgt2 berkesan..terima kasih ya ALLAH kerana memberi aku peluang utk mengambil ilmu dan pengalaman sebelum aku kua drp Terengganu ni..jazakallah..

"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan di kembalikan kepada Kami?Maka Maha Tinggi ALLAH, Raja yang sebenarnya: tidak ada Tuhan selain Dia. Tuhan (yang mempunyai) 'arasy yang mulia"
-(al-mukminum:115-116)
syabab

Hari ni ana buka facebook seorang senior ana, di panggil sebagai abg naim.Beliau adalah ana punya naqib masa mula-mula ana kenal usrah dahulu.Didalam fb nya itu ada pic yang mana kami semua ber"rehlah" di tepi pantai.Terfikir sejenak bahawa pic td adalah kenangan yang semalam baru muncul dalam diri ini sedangkan pic 2 dah dekat 2 tahun lamanya.Subhanallah.Rindu masa itu,saat-saat ana rapat dengan ramai senior2 tapi bila senior pergi,tinggal ana seorang diri.Begitu lah ukhwah ciptaan ALLAH SWT.Walaupun pic itu hanya tinggal kenangan tapi kesannya begitu mendalam sekali.Apa pun nilai persahabatan kita,yang paling baik ialah yang berukhwah kerana ALLAH SWT...

"Bila Bertemu Dan Berpisah Kerana ALLAH SWT, maka beruntunglah kamu"
syabab
Timbul 5 Persoalan
1)Siapa aku...
2)Dimana aku...
3)Bagaimana aku di dunia+akhirat..
4)Ke mana hala tuju...
5)Bagaimana aku boleh capai???

Izzah....bermaksud mulia,tinggi,kehormatan...dalilnya???nisak;139 dan munafiq;63

Asbab Mukmin Izzah & Cemerlang...
1) Jaga batasan syarak-suruhan dan larangan, agama neraca hidup.

2) Jaga keikhlasan-roh kepada amal,penentu amal di tolak@di terima, puji orang berpada2..

3) Tidak jemu cari ilmu-tidak sama org berilmu dgn org jahil, mendapat darjat d cc ALLAH SWT, cahaya kehidupan.Nabi berpesan siapa yg membuka jalan untuk mencari ilmu, nescaya ALLAH SWT akan mencari jalan untuknya ke syurga..sehebat2 ilmu tidak sehebat ilmu ALLAH SWT..

4) Sentiasa timba pengalaman orang yang berjaya-capai kejayaan bukannya kerja mudah.Contoh paling baik ialah Rasullullah S.A.W(kaji sirah balik).

5)Menjaga dan segarkan Ukhuwah Islamiah-asas kekuatan selepas aqidah,pepecahan menuju kehancuran,sentiasa bersangka baik.

6) Merasai tanggungjawab dakwah di hadapan ALLAH S.W.T-tiada Izzah di sisi ALLAH S.W.T melainkan hidup bersama Islam dan dakwah,hayati tanggungjawab beramal untuk agama ALLAH SWT,kongsi dakwah dengan orang lain,pengorbanan(Tadhiah) menjadi amalan.

7) Faham bahawa kejayaan akedemik dan ilmu hanya sebagai alat untuk capai redha ALLAH S.W.T-semua kekuatan yang dimiliki untuk masa depan agama dan dakwah,tebus kembali maruah Islam dan Ummah.

8) Jaga hubungan dengan ALLAH S.W.T-Al'Quran,Ma'thurat,qiam,puasa,istigfar-taubat.

9) Berterusan berdoa-jadi mukmin yang hebat,tidak malas,konsisten,tidak dapat penyakit2 hati,sihat tubuh badan,kekalkan ikhlas.

10) Selalu@sokmo muhasabah diri dan merasa kerdil di hadapan ALLAH S.W.T.

Khatimah@Rumusan
-Mati,hidup adalah ujian ALLAH S.W.T.
-Hidup tanpa Islam dan dakwah adalah hidup tanpa IZZAH.
-Segala nikmat anugerah ALLAH S.W.T adalah modal untuk capai maqam IZZAH..

p/s: catatan di atas adalah nota ringkas yang ana sempat tulis selepas mendengar tazkirah daripada ustaz ana iaitu Ustaz Lokman. Seandainya tidak memahami,harap maaf..dan ini merupakan mukaddimah di dalam ana menulis blog ini...jazakallah...