Assalamualaikum wbt..

syabab

Assalamualikum wbt..
Alhamdulillah, ALLAH bagi lagi peluang ana untuk menulis di dalam blog ini..Dah lama tak tulis diari ini..kadang2 kenapa kita perlu kata bersyukur walaupun hanya catitan ini???ini kerana semua orang mempunyai masa yang terluang tapi hanya beberapa orang yang dipilih untuk memberi masa kepada catitan2 ni..apa yang ana cuba kongsi kan pada sahabat2 kali ini ialah mengenai Janji ALLAH itu adalah pasti..genap 1 bulan lebih ana "mula bercuti panjang" di rumah, ada kisah yang berlaku iaitu mengenai Mati!!!..Ana di minta oleh ma ana untuk menemaninya ke rumah kawan dia merangkap cikgu sekolah ana, kerana suami cikgu ana itu meninggal dunia tapi pada waktu itu ma tidak sempat menziarahi cikgu ana itu kerana bercuti di luar negeri..jadi ana teman lah..apa yang menarik perhatian ana ialah apabila ana sampai di rumah cikgu ana,kelihatan rumah yang di duduki oleh cikgu ana itu baru sahaja siap di bina..tapi masih ada yang belum siap seperti "mozek" lantai belum di simenkan(tak kisah lah,ana cuma nk bgtau rumah ini baru sahaja siap dibina).apabila ana masuk ke dalam rumah itu kelihatan cikgu ana sibuk melayan kerenah anak2nya yang masik kecil(ada 7org semuanya dan yang sulung baru tingkatan 1).setibanya kami di sana, datang 2 keluarga melawat cikgu ana..dan pada masa itu la ana mendengar kisah arwah suami selama berada di bumi ALLAH ini..pada masa itu ada 2 keluarga iaitu jiran tetangga dan saudara2 cikgu ana..di ceritakan oleh cikgu ana bahawa arwah ada memberitahu bahawa dia membaca buku "malam pertama di alam kubur" dan arwah sempat bergurau mengatakan dia telah bertunang..cikgu ana menanya,dengan siapa..dengan kubur katanya..hari arwah meninggal dunia arwah tidak ada menunjukkan apa2 yg pelik cuma, arwah membaiki paip di belakang rumah dan tidak banyak bertegur dengan cikgu kerana sibuk..pada waktu itu juga anak2 kecil bersamanya di belakang rumah,melihat abinya membaiki paip..hingga la lebih kurang dalam pukul 5(selepas asar tidak silap ana), arwah memanggil cikgu ana dan menyuruh cikgu ana call saudaranya kerana dadanya sakit..jd cikgu ana call saudaranya cuma mungkin jauh jd saudaranya lambat sampai..selepas call, anaknya memberitahunya "umi2, abi pegang dada dan abi mengucap"...cikgu ana lagi la kalut dan dia panggil jirannya..seorang makcik datang dan mengankat suami cikgu ana ke ruang tamu..at the same time cikgu ana call 999..tapi 999 ni di KL dan ada ke patut dia yg tanya cikgu ana hospital mana paling dekat..sedangkan cikgu kita sedang panik..(kelemahan 999)..sepatutnya 999 yg di panggil direct ke hospital yg berdekatan..
lepas itu,makcik itu memberitahu bahawa suami cikgu ana dah tiada selepas di ajar mengucap..dan arwah suami ckgu ana mengucap 2 kalimah syahadah sebelum "pergi"..apa yg menarik perhatian ana ialah begitu mudah sekali arwah suami "pergi"..dan setelah di cerita baru ana faham..arwah merupakan seorang hamba ALLAH yang baik, selalu mengikuti jemaah tabligh dan selalu meninggalkan cikgu ana bersama anak2 di rumah..dan alhamdulillah berkat dalam dakwah tabigh, rumah yg baru siap ini tiada hutang sedikit pun.selain itu arwah juga seorang yg pemuruh.pernah sekali diberitahu bahawa arwah rela memberi motornya kepada seorang jiran yg susah hendak ke masjid.arwah juga memberitahu keluarganya bahawa tanah dan rumah di negeri (selangor tak silap ana) jgn siapa2 ambik dan akan di wakafkan kepada budak2 tahfiz..masyaALLAH..begitu sekali sifat arwah..patut lah mudah arwah "pergi"..dan benarlah janji ALLAH itu pasti...barang siapa menolong agama ALLAH maka ALLAH akan menolongnya..

1 lagi bukti,sahabat ana di universiti..juga seorang pelajar yang mengikuti jemaah tabligh..meninggal dunia..berita ini sampai di telinga ana selepas ana balik dari rumah cikgu ana.sahabat ana mati kerana lemas semasa "keluar" bersama jemaah tabligh di sabah..lemas semasa aktiviti rehlah..juga di beritahu keluarga bahawa arwah masa di bawa balik ke sabak bernam,wajah arwah tenang je..berseri2..dahi berpeluh2..antara ciri2 org yang baik...dan sahabat ana ni memg di senangi kawan2 d universiti..ana sendiri pun selesa bila arwah bertegur sapa..sebab dia seorg yg baik,peramah,cekal dalam dakwah..masyaALLAH...

itulah antara perkara2 yg menjadi bukti bahawa janji ALLAH itu pasti...yang mana orang yang tolong ALLAH(agama ALLAH)..pasti di tolong ALLAH..mendapat balasan yang baik..di angkat darjatnya di sisi ALLAH..

moga2 kita juga seperti mereka..dan moga2 mereka berada di kalangan mereka yang beriman..amin..
0 Responses

Post a Comment